Monday 16 April 2012

Kursus ESQ Basic for Future Leaders

Assalamualaikum.

Pada 7hb April - 8hb April 2012 yang lepas, dianggarkan seramai 160 pelajar termasuk semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari semua cawangan telah menghadiri kursus ESQ Way 165 tahap 1 Basic for Future Leaders iaitu menggabungkan 3 kecerdasan, 3 motivasi untuk mendapatkan 3 kabahagiaan yang dianjurkan oleh Kolej Poly-Tech MARA dan dikelola oleh ESQ Leadership Centre bertempat di Dewan Kolej Poly-Tech MARA Bangi, Selangor.


Kursus yang diadakan secara “In-House Training” ini terdiri daripada pelbagai peringkat pelajar didalam organisasi yang mana rata-rata mereka menganggap penyertaan dalam kursus itu memberi pengertian yang bermakna dalam kehidupan seharian. Penerapan modul di dalam kursus ini secara langsung adalah untuk membangunkan ‘leadership’ dan membentuk pelajar yang berpotensi unggul bagi menyumbang nilai, sistem dan kepimpinan terhadap kemajuan organisasi, pembentukan jati diri dengan mengetahui haluan dan tujuan hidup, menjadi modal insan untuk agama, bangsa dan negara, dengan memperkenalkan spiritual pada peringkat awal akan membuatkan generasi muda lebih dekat dengan Sang Pencipta (Allah s.w.t), meningkatkan semangat untuk belajar dan berkarya, mempersiapkan generasi muda untuk memahami potensi diri untuk kejayaan pada masa akan datang, untuk pelajar cemerlang menjadi lebih cemerlang dan meningkatkan motivasi dan potensi diri.


Pendekatan yang digunakan adalah melalui spiritual, motivasi dan inspirasi. Pendidikan adalah tanggungjawab besar bagi seorang pelajar dan generasi masa hadapan. Kita bukan sahaja perlu cemerlang intelektual, malah harus turut cemerlang emosi dan spiritualnya (IQ, EQ dan SQ). Kita akan menjadi semakin cerdas, kreatif dan berjiwa pemimpin yang tidak hanya meningkatkan semangat belajar tetapi juga dapat melindungi diri daripada pengaruh negatif agar dapat memaknai dan memahami amanah dari ALLAH s.w.t untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi ini dengan menjadi anak dan pendengar yang baik.


Turut hadir pada hari perasmian adalah pengurusan Kolej Poly-Tech MARA dan Naib Presiden Hal Ehwal Pelajar, Dr. Wan Sabri Wan Hussien.


"Menjunjung Tinggi Martabat Mahasiswa"