Monday 20 May 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

Assalamualaikum, kami ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan.. semoga ilmu yang telah kita pelajari selama beberapa bulan ini  berguna ketika menduduki peperiksaan.
 semoga berjaya

Saturday 4 May 2013

CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN ILMU YANG BERKAT

Assalamualaikum semua.. hari ini ingin dikongsikan sedikit bersama anda semua tentang keberkatan ilmu. sebagai mana yang kita semua tahu, ilmu adalah sangat penting untuk kita menempuh cabaran dan liku-liku dalam kehidupan. Antara cara - cara untuk mendapatkan ilmu yang berkat samada ilmu dunia mahupun akhirat adalah seperti berikut:

1. IKHLAS
Kita hendaklah ikhlas menuntut ilmu hanya kerana Allah s.w.t.   Janganlah kita menuntut ilmu hanya kerana duniawi sahaja. Contohnya, kita menuntut ilmu hanya kerana ingin menjaga nama baik, status, keturunan dan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan sebagainya. Dengan niat seperti itu, kita tidak akan mendapat kejayaan yang hakiki disisi Allah s.w.t.

2. MINAT
Dalam dunia ini kebanyakan kita lakukan sesuatu dengan minat. Samalah seperti semasa menuntut ilmu. Dengan adanya minat untuk menuntut ilmu, peluang untuk mencapai kejayaan adalah sangat tinggi. Jika dilakukan dengan terpaksa, ilmu itu akan menjadi sia-sia. Oleh itu, terapkanlah minat dalam diri anda semua untuk mendapatkan ilmu yang berkat.

3. BERSABAR
Kesabaran dalam menuntut ilmu amatlah digalakkan kerana perkara yang baik bukan mudah untuk didapati. Menuntut ilmu bukan seperti membeli barang di kedai. Bayar sekali sudah dapat barangnya. ilmu bukan seperti itu, sekali menuntut ilmu, sudah dapat kesemua ilmu. Ilmu mempunyai banyak peringkat. semakin tinggi nilai kesabaran ketika menuntut ilmu, semakin tinggi pahala sedang menanti.


4. HORMAT ORANG YANG MEMBERI TUNJUK AJAR 
Ini adalah yang penting antara yang terpenting. Sebagaimana yang telah kita pelajari, kita haruslah menghormati guru, pensyarah dan ibu bapa. Jika kita tidak menghormati orang seperti mereka, sudah tentulah ilmu yang kita dapati daripada mereka tidak berkat disisi Allah s.w.t.  

Menghormati orang yang memberi tunjuk ajar adalah perkara yang mudah. Sesungguhnya orang seperti mereka adalah orang yang mulia disisi Allah s.w.t.

Oleh itu, untuk mendapatkan keberkatan ilmu yang dituntut, anda semua digalakkan mengikut tips-tips yang diatas. Semoga kesemua ilmu yang kita pelajari diberkati Allah s.w.t dunia dan akhirat. 

Assalamualaikum