Thursday 19 July 2012

Majlis Anugerah Dekan Januari 2012 - Jun 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Dekan Kolej Poly-Tech MARA, Alor Setar sesi Januari 2012 - Jun 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Julai 2012, Rabu di Holiday Villa City Centre, Alor Setar pada jam 2.00 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ramli bin Mohd Jawi selaku Pengarah Kolej Poly-Tech MARA, Alor Setar. Tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Encik Mohd Rosidi bin Hj. Omar (Timbalan Pengarah Akademik), Puan Che Shahriyana binti Che Sharudin (Akauntan), Encik Ramlan bin Mohd (KJ Matematik dan Sains Komputer), Encik Khairul Anuar bin Ahmad (KJ Pengajian Umum), Encik Wan Hizam bin Wan Hassan (KJ Pengurusan dan Perakaunan), Puan Norhayati binti Ismail (KJ Kemahiran) dan Encik Mohd Azmi bin Mohd Nor (Eksekutif HEP). 

Seramai 114 pelajar daripada kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Sistem Komputer & Rangkaian, Diploma Pengurusan Teknologi, Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Teknologi Pejabat telah berjaya memperolehi GPA 3.5 keatas serta 4 orang pelajar dari kursus Sijil Kemahiran tahap 2 berjaya mendapat Terampil Cemerlang. Majlis pada petang itu turut meraikan pensyarah melalui Anugerah Pensyarah Cemerlang.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpin Majlis Perwakilan Pelajar yang berjaya memperolehi GPA 3.5 keatas iaitu Saudara Muhammad Azry bin Mohd Raya (Yang Di Pertua) dengan GPA 3.51, Saudari Norbaiti binti Shahimi (Bendahari Kehormat) dengan GPA 4, Saudara Mohd Alif bin Mohd Shahrir @ Shahril (Exco Informasi & Multimedia) dengan GPA 3.61, Saudari Nur Azrien Shahida binti Halim (Exco Keusahawanan & Jaringan Industri) dengan GPA 3.61, Saudari Nor Nadiah binti Mohd Safuan (Exco Aduan & Kebajikan) dengan GPA 3.56 dab Saudara Mohamad Arif Nasri bin Mohd Idaham (Exco Kepimpinan & Tugas-Tugas Khas) dengan GPA 3.77.

"Menjunjung Tinggi Martabat Mahasiswa"


Thursday 5 July 2012

Sambutan Malam Nisfu Syaaban


Assalamualaikum.

Pada 4 Julai 2012 bersamaan 14 Syaaban 1433 H, Majlis Perwakilan Pelajar bersama pihak pengurusan asrama telah mengadakan Majlis Malam Nisfu Syaaban bertempat di ketiga-tiga buah Asrama Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar. Majlis berjalan secara serentak di ketiga-tiga buah asrama iaitu dari jam 7.15 hingga 9.00 malam.


Seramai tiga orang ustaz KPTMAS dijemput untuk menyempurnakan majlis. Ustaz Hj. Romli bin Saad di Asrama Taman Permodalan. Ustaz Khairul Anuar bin Ahmad di asrama Suka Menanti dan Ustaz Hafiz bin Saed di Asrama lelaki iaitu Al-Ligori. Antara pengisian majlis ialah, solat jemaah maghrib, solat sunat hajat, ceramah nisfu syaaban dan diteruskan dengan bacaan yaasin dan berakhir dengan solat isyak berjemaah.


Antara pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ialah Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, ahli Jawatankuasa Asrama dan juga semua pelajar Kolej Poly-Tech MARA, AlorSetar yang menghuni asrama Taman Permodalan dan al-ligori. Ahli MPP dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk memantau dan memastikan majlis berjalan dengan lancar di ketiga-tiga buah asrama pada masa itu.


Berkat kerjasama semua pihak, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna  walaupun secara berasingan. InsyaAllah, aktiviti kerohanian seperti ini akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Diharap majlis yang dijalankan akan memberi impak yang besar dalam diri para pelajar justeru dapat meperbaiki sahsiah dan rohani mereka. Secara tidak langsung juga dapat menambah ilmu pengetahuan Islam para pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Alor Setar..

"Menjunjung Tinggi Martabat Mahasiswa"

Monday 2 July 2012

Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara 2012

Assalamualaikum.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pelbagai Kementerian, Kerajaan Negeri dan Rakan Inovatif akan menganjurkan Karnival Sains dan Inovasi Zon Utara 2012 bersempena Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) pada 30 Jun – 1 Julai 2012 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah. Penganjuran karnival ini melibatkan negeri Kedah (sebagai tuan rumah), Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Karnival ini akan dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 30 Jun 2012 (Sabtu) jam 9.30 pagi.

Seramai 37 orang pegawai serta pelajar dari Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar telah dijemput menghadiri lawatan ke karnival tersebut. 

"Menjunjung Tinggi Martabat Mahasiswa"