Thursday 5 July 2012

Sambutan Malam Nisfu Syaaban


Assalamualaikum.

Pada 4 Julai 2012 bersamaan 14 Syaaban 1433 H, Majlis Perwakilan Pelajar bersama pihak pengurusan asrama telah mengadakan Majlis Malam Nisfu Syaaban bertempat di ketiga-tiga buah Asrama Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar. Majlis berjalan secara serentak di ketiga-tiga buah asrama iaitu dari jam 7.15 hingga 9.00 malam.


Seramai tiga orang ustaz KPTMAS dijemput untuk menyempurnakan majlis. Ustaz Hj. Romli bin Saad di Asrama Taman Permodalan. Ustaz Khairul Anuar bin Ahmad di asrama Suka Menanti dan Ustaz Hafiz bin Saed di Asrama lelaki iaitu Al-Ligori. Antara pengisian majlis ialah, solat jemaah maghrib, solat sunat hajat, ceramah nisfu syaaban dan diteruskan dengan bacaan yaasin dan berakhir dengan solat isyak berjemaah.


Antara pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis ialah Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, ahli Jawatankuasa Asrama dan juga semua pelajar Kolej Poly-Tech MARA, AlorSetar yang menghuni asrama Taman Permodalan dan al-ligori. Ahli MPP dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk memantau dan memastikan majlis berjalan dengan lancar di ketiga-tiga buah asrama pada masa itu.


Berkat kerjasama semua pihak, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna  walaupun secara berasingan. InsyaAllah, aktiviti kerohanian seperti ini akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Diharap majlis yang dijalankan akan memberi impak yang besar dalam diri para pelajar justeru dapat meperbaiki sahsiah dan rohani mereka. Secara tidak langsung juga dapat menambah ilmu pengetahuan Islam para pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Alor Setar..

"Menjunjung Tinggi Martabat Mahasiswa"

No comments:

Post a Comment